Dunia

Mesir lapor kes pertama varian Omicron

Libatkan 3 kes dengan 2 daripadanya tak tunjuk gejala

ANKARA, 13 Jamadilawal 1443H, Sabtu – Mesir mengesahkan tiga kes pertama varian Omicron, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Sabtu.

Dua daripada kes itu tidak menunjukkan sebarang gejala manakala yang ketiga mempunyai simptom ringan, lapor Agensi Anadolu.

Ketiga-tiga mereka kini dikuarantin.

Varian Omicron pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan pada akhir November, setakat ini ia telah merebak ke lebih 70 negara, satu fenomena yang disifatkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai “membimbangkan”.

Mesir, negara paling ramai penduduk di dunia Arab, telah merekodkan sejumlah 373,509 kes COVID-19 termasuk 21,277 kematian. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button