Berita UtamaIstimewa

MCA ucap tahniah 100 tahun penubuhan Parti Komunis China

Teik Cheng harap kedua pihak terus kekal erat kerjasama

BANGI, 19 Zulkaedah 1442H, Rabu – Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng mengucapkan tahniah kepada Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China, Song Tao sempena ulang tahun ke-100 penubuhan parti itu.

Menerusi ucapan itu, Teik Cheng bagi pihak Persatuan Cina Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Hal Ehwal China dan pusat inisiatif ‘Belt and Road’ Parti Komunis China.

Teik Cheng berkata, mengimbas kembali seratus tahun Parti Komunis China, parti itu berjaya memimpin China dan warganya untuk maju, selain terus membawa pembaharuan inovasi dalam semua aspek pembinaan negara.

Selain itu, katanya, parti juga berjaya mempromosikan pemodenan China dan mewujudkan kehidupan bahagia untuk rakyat yang menjadi contoh kepada semua negara lain.

“Sejak MCA dan Parti Komunis China menandatangani memorandum kerjasama dan pertukaran pada 18 Julai 2014, Jawatankuasa Hal Ehwal China MCA selalu menjadi salah satu unit dukungan utama antara parti.

“Melalui Pusat ‘Belt and Road’ di bawah jawatankuasa itu, pelbagai kerjasama dan pertukaran rancangan telah dilancarkan dan membuahkan hasil,” katanya dalam kenyataan pada 29 Jun.

Pengerusi Jawatankuasa Pusat Hal Ehwal China MCA itu berharap, kedua-dua pihak akan terus mengekalkan kerjasama erat pada masa hadapan, sambil mengukuhkan hubungan yang akan menyatukan persahabatan antara Malaysia dan China.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button