Dunia

China kini bebas malaria: WHO

4 tahun berturut-turut tidak rekod kes tempatan

GENEVA, 19 Zulkaedah 1442H, Rabu – China kini disahkan bebas daripada malaria oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setelah 70 tahun berusaha membasmi penyakit bawaan nyamuk itu. 

Negara itu melaporkan 30 juta kes penyakit berjangkit setiap tahun sejak 1940-an, namun kini merekodkan kosong kes selama empat tahun berturut-turut. 

“Kita mengucapkan tahniah kepada rakyat China yang telah membasmi negara itu daripada malaria. Kejayaan ini diperoleh setelah beberapa dekad berusaha menerusi tindakan berterusan.

“Dengan pengumuman ini, China bergabung dengan banyak negara dan menunjukkan kepada dunia bahawa masa depan bebas dari malaria boleh dicapai,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. 

Negara-negara yang mencapai sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut kes sifar tempatan boleh memohon sijil status bebas malaria dari WHO.

Mereka mesti mengemukakan bukti yang teliti dan menunjukkan kemampuan untuk mencegah transmisi muncul kembali. 

China kini menjadi wilayah ke-40 yang disahkan bebas malaria oleh WHO. 

Negara terakhir yang memperoleh status itu adalah El Salvador iaitu pada tahun ini, Algeria dan Argentina pada 2019 dan Paraguay serta Uzbekistan pada 2018. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button