Berita UtamaDunia

Ibu bapa di Arab Saudi serbu daftar anak suntik vaksin

Kanak-kanak 12-18 tahun boleh divaksin melalui aplikasi Tawakkalna

JEDDAH, 19 Zulkaedah 1442H, Rabu – Sebilangan besar ibu bapa di Arab Saudi mula mendaftarkan nama anak mereka bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 melalui aplikasi Tawakkalna.

Ia susulan keputusan kerajaan memperluaskan had umur vaksinasi terhadap kanak-kanak berusia 12 hingga 18 tahun.

Kementerian Kesihatan semalam menegaskan, bahawa vaksin dijamin keselamatan dan berkesan.

Pada masa sama, kementerian turut memberi amaran bahawa jangkitan COVID-19 meningkat sejak kebelakangan ini, terutamanya jika terdapat pertemuan sosial.

Selain itu, pihak berkuasa terus mendesak penduduk untuk mematuhi langkah keselamatan dan berjaga-jaga termasuk mengamalkan penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka bagi mengekang penularan virus.

Sebanyak 1,567 kes baharu COVID-19 dicatat di Arab Saudi pada Selasa, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan setakat ini sebanyak 486,106 kes.

Selain itu, sebanyak 11,724 kes aktif, di mana 1,406 daripadanya kritikal.

Malah, 1,032 kes pulih baharu dicatatkan menjadikan jumlah pulih keseluruhan sebanyak 466,579 orang, manakala 15 kematian baharu direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kematian sebanyak 7,804.

Kerajaan juga telah memberi lebih daripada 17.6 juta dos vaksin COVID-19 kepada penduduknya setakat ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button