Dunia
Kapal penumpang tenggelam di Selat Bali, 6 ditemui terkorban
Arus kuat menyebabkan kapal berkenaan terbalik dan tenggelam

JAKARTA, 19 Zulkaedah 1442H, Rabu – Sebuah kapal penumpang yang membawa 41 penumpang dan 12 kru kapal, tenggelam dipercayai akibat arus kuat di Selat Bali, Indonesia pada Selasa.
Menurut kenyataan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), dalam kejadian pukul 7.12 malam waktu Indonesia Timur itu, kapal KMP Yunice dalam perjalanan dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi di Jawa Timur, menuju Pelabuhan Gilimanuk.
Arus kuat menyebabkan kapal sepanjang 56.5 meter dan 8.6 meter lebar itu terbalik dan tenggelam.
Setakat ini 47 orang berjaya diselamatkan, manakala enam lagi lemas. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.