Dunia

Lebih 880 maut, 126 dihukum mati sejak rampasan kuasa di Myanmar

5,202 ditahan kerana membantah tindakan tentera rampas kuasa

NEW YORK, 13 Zulkaedah 1442H, Rabu – Sekurang-kurangnya 883 orang awam terbunuh di tangan tentera Myanmar manakala 126 lagi dihukum mati sejak rampasan kuasa tentera awal Februari lalu, lapor Sputnik.

“Menurut laporan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, tentera telah membunuh sekurang-sekurangnya 883 orang awam tidak bersenjata manakala 40 lagi dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan.

“Selain itu, 60 kanak-kanak turut menjadi korban sejak rampasan kuasa itu,”

“Seramai 5,202 ditahan kerana membantah rampasan kuasa tentera dan daripada jumlah itu 126 dihukum mati,” kata jurucakap PBB Stephane Dujarric

Beliau berkata, PBB di Myanmar mengutuk sekeras-kerasnya kekerasan melampau tentera termasuk penggunaan peluru hidup, tambahnya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button