Berita Utama

PBB ibarat ‘orang gila’ gesa Israel henti perobohan harta benda Palestin

Bina persahabatan dengan negara Yahudi, tindakan negara Arab memalukan!

BANGI, 13 Zulkaedah 1442H, Rabu – Tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa, pihak berkuasa negara pengganas Israel menghentikan perobohan harta benda penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur, yang diduduki tidak ubah seperti seruan orang gila.

Seruan itu ibarat laungan orang gila ke hulu ke hilir, tetapi tiada siapa peduli bahkan ditertawakan orang ramai melihat gelagat tersebut, dakwa Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Kelantan, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir.

“Yahudi tidak mengerti apa itu kebaikan untuk manusia. Kejadian mereka untuk melaksanakan keburukan dan kejahatan.

“Amat memalukan sebuah negara Arab yang tidak sabar untuk membina persahabatan dengan Yahudi. Mereka merasakan bahawa persahabatan dengan negara Yahudi akan memberi kemewahan dan keamanan kepada negara mereka.

“Tunggu dan lihat, pemimpin mereka akan dilaknat oleh anak cucu sehingga ke nisan kubur mereka kemudian nanti. Kesengsaraan sedang menunggu di semua lorong kehidupan sama ada pemimpin atau rakyat kecuali jika mereka juga dari keturunan yang sama berselindung sebalik bangsa setempat,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mendesak, pihak berkuasa Israel menghentikan perobohan harta benda Palestin yang sedang berlaku di Baitulmaqdis Timur.

Desakan itu disuarakan sehari selepas negara Israel merobohkan sebuah kedai dan sebuah pangsapuri di kawasan Silwan, Baitulmaqdis Timur.

Menurut penduduk, pihak berkuasa Israel memetik kekurangan permit bangunan untuk menghancurkan dua struktur di kawasan al-Bustan dan al-Suwayeh.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button