Berita Utama

Perkhidmatan tren terganggu ekoran bekalan elektrik terputus

Jadual perjalanan kembali normal: RapidKL

PUTRAJAYA, 27 Zulhijjah 1443H, Rabu – Gangguan bekalan elektrik yang dialami oleh beberapa kawasan di Lembah Kelang menjejaskan perkhidmatan rel, khususnya LRT laluan Ampang/Sri Petaling, kata RapidKL.

Terdahulu, ia menyarankan penumpang untuk menggunakan pengangkutan alternatif berikutan bekalan elektrik terputus di Lembah Klang.

“Ia telah menjejaskan perkhidmatan rel, khususnya laluan LRT Ampang/Sri Petaling. Penumpang dinasihatkan supaya bersabar dan mematuhi arahan yang dikeluarkan.

“Kami juga mengesyorkan penumpang menggunakan pengangkutan alternatif,” katanya.

Dalam kemaskini terbaharu, RapidKL memaklumkan perkhidmatan tren telah diselaraskan dan jadual perjalanan telah kembali normal.

“Terima kasih atas kesabaran anda. Kami memohon maaf di atas kesulitan,” katanya.

Kawasan di seluruh Lembah Klang dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik pada hari ini, dengan disahkan berlaku gangguan bekalan elektrik di Bangsar, Cheras, Shah Alam dan lain-lain.

Beberapa tempat di Negeri Sembilan, Perak dan Pahang dilaporkan mengalami perkara yang sama.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button