Berita Utama

RON97 naik 2 sen

RON95, diesel kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15

BANGI, 19 Zulkaedah 1442H, Rabu – Harga runcit petrol RON97 naik 2 sen, daripada RM2.67 seliter kepada RM2.69 seliter.

Sementara, produk RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter, menurut Kementerian Kewangan.

Harga terkini itu ditetapkan bagi tempoh 1 Julai sehingga 7 Julai 2021, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguh pun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button