Dunia

Suhu setinggi 42 darjah celcius, gelombang haba di Palestin berlanjutan

PMD beri amaran supaya elak berada bawah matahari pada jam 11 pagi hingga 4 petang

RAMALLAH, 19 Zulkaedah 1442H, Rabu – Gelombang haba yang melanda Palestin sejak beberapa hari lalu berlanjutan sehingga kini, menyebabkan kawasan pergunungan dan daerah lain mengalami cuaca kering dan panas pada waktu siang. 

Menurut Jabatan Meteorologi Palestin (PMD), suhu kekal pada purata 5 darjah celcius, di mana keadaan sederhana hingga panas dijangka pada waktu pagi dan malam. 

Angin juga bertiup sederhana dan perlahan dari barat ke utara pada waktu malam, manakala gelombang laut pula rendah.

Suhu di Baitulmaqdis dan Bethlehem dijangka mencapai suhu tinggi 33 darjah celcius dan suhu rendah pada 22 darjah celcius, kata jabatan itu. 

Sementara di Jericho, Laut Mati dan Lembah Jordan dijangka mencapai suhu tinggi 42 darjah celcius dan suhu rendah 28 darjah celcius. 

Di Gaza, suhu tinggi dijangka mencapai 33 darjah celcius dan suhu rendah 24 darjah celcius. 

Keadaan cuaca sama dijangka berlaku pada Khamis dan Jumaat tanpa perubahan suhu yang ketara. 

Justeru, PMD memberi amaran kepada penduduk Palestin supaya tidak terdedah terlalu lama di bawah matahari terutama pada jam 11 pagi hingga 4 petang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button