Berita UtamaDunia

Pegawai tentera Mesir serang secara ganas jururawat hospital

Mangsa keguguran selepas dipukul dengan tali

KAHERAH, 11 Jamadilawal 1444H, Selasa – Seorang pegawai tentera udara didakwa menyerang jururawat secara ganas di sebuah hospital kerajaan di bandar Quesna di Daerah Menufia, Mesir.

Pelaku menyerang enam jururawat dan tiga pekerja wanita dalam kejadian membimbangkan yang dirakamkan di kamera dan dikongsi secara meluas di Twitter.

Serangan berlaku selepas seorang wanita hamil tiba di bilik kecemasan mengalami pendarahan kecil dan keluarga wanita itu meminta doktor melakukan ultrasound.

Namun, suami dan keluarga kemudian menyerang enam jururawat dan tiga pekerja wanita lain sehingga patah tangan dan kaki, menurut laporan media. Salah seorang jururawat mengalami keguguran selepas dipukul dengan tali.

Video yang tular merakamkan pengarah hospital mengugut mana-mana pekerja yang menyaksikan jenayah itu supaya berdiam diri.

Salah seorang jururawat yang diserang, Nourhan Mansour, memberitahu Mada Masr bahawa polis enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyerang kerana pegawai itu rapat dengan angkatan tentera dan pentadbiran hospital.

Menteri Kesihatan Mesir, Khaled Abdel Ghaffar telah mengarahkan siasatan segera terhadap serangan selepas tular di media sosial di bawah tanda pagar bahasa Arab, Hospital Pusat Quesna. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button