Berita UtamaDunia

Bank Dunia tambah lagi dana vaksin AS$8 bilion

Gesa negara G20 vaksinasi penduduk sekitar 40 peratus hujung tahun

WASHINGTON, 20 Zulkaedah 1442H, Khamis – Bank Dunia berikrar meningkatkan dana yang tersedia bagi pembelian dan penggunaan vaksin COVID-19 kepada AS$20 bilion dari sasaran sebelumnya AS$12 bilion.

Keputusan itu dibuat susulan peningkatan permintaan pembiayaan keseluruhan dari negara-negara membangun.

Presiden Bank Dunia, David Malpass berkata, bank pembangunan global telah memberikan lebih dari A$4 bilion kepada 51 negara membangun untuk pembelian dan penggunaan vaksin COVID-19 dan akan menambah untuk 25 negara lagi dalam waktu dekat.

“Masih banyak lagi akan menyusul dalam beberapa minggu mendatang,” kata Malpass kepada wartawan, memberitahu bahawa sebanyak 41 permintaan telah diterima dari negara-negara Afrika, di mana kurang dari separuh populasi telah divaksinasi.

Dalam satu kenyataan bersama, Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara-negara G20 untuk menerapkan sasaran populasi yang divaksinasi sekurang-kurangnya 40 peratus pada akhir 2021 dan 60 peratus pada separuh pertama tahun 2022.

Mereka juga mendesak ekonomi utama G20 – pemimpin kewangan – bertemu minggu depan di Itali, dengan matlamat berkongsi sekurang-kurangnya 1 bilion dos vaksin dengan negara-negara membangun tahun ini dan meningkatkan pembiayaan serta menyingkirkan halangan perdagangan dalam rantaian bekalan vaksin.

Bank Dunia juga terus menegaskan ketelusan yang lebih besar kerajaan dan syarikat farmaseutikal mengenai kontrak, pilihan dan perjanjian vaksin, katanya.

“Kami berperang dengan vaksin,” kata Malpass, sambil menambah bahawa bekalan yang terhad dan permintaan tinggi menjadikan ia penting untuk mempunyai maklumat yang cukup bagi memastikan pengeluaran terus berjalan.

“COVID tidak akan hilang dengan cepat. Ini akan menjadi perang jangka panjang,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button