Berita UtamaDunia

EU tambah Arab Saudi, Qatar dan Jordan dalam senarai negara selamat

Britain tiada dalam senarai susulan penularan varian Delta

BRUSSELS, 20 Zulkaedah 1442H, Khamis – Kesatuan Eropah (EU) bersetuju menambah Kanada dan 10 negara lain, termasuk Arab Saudi, ke dalam senarai negara yang dibenarkan melakukan perjalanan tidak penting, kata diplomat EU.

Duta dari 27 negara EU bersetuju dengan penambahan itu dalam pertemuan, semalam dengan perubahan itu dijangka bakal dilaksanakan dalam beberapa hari lagi.

Negara-negara tersebut adalah Armenia, Azerbaijan, Bosnia dan Herzegovina, Brunei, Canada, Jordan, Kosovo, Moldova, Montenegro, Qatar dan Arab Saudi.

Negara-negara EU disarankan secara beransur-ansur menarik sekatan perjalanan untuk 14 negara dalam senarai – Albania, Australia, Israel, Jepun, Lubnan, New Zealand, Macedonia Utara, Rwanda, Serbia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Amerika Syarikat.

Kawasan pentadbiran China Hong Kong dan Macau juga termasuk dalam senarai.

Bagaimanapun, bekas anggota EU, Britain, di mana varian coronavirus Delta yang menular telah menyebabkan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak, tidak ada dalam senarai.

Sementara itu, masing-masing negara EU masih boleh memilih untuk menuntut ujian COVID-19 yang negatif atau menetapkan tempoh kuarantin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button