Berita UtamaDunia

Rakyat Sudan tuntut kerajaan berundur

Bantah pembaharuan ekonomi yang kurangkan subsidi roti, bahan bakar

KHARTOUM, 20 Zulkaedah 1442H, Khamis – Ratusan penunjuk perasaan turun ke jalanan di ibu negara Sudan, Khartoum menuntut peralihan kerajaan susulan pembaharuan ekonomi yang kontroversi.

Rakyat membantah pembaharuan ekonomi disokong oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), yang menurunkan subsidi petrol dan diesel, lebih dari dua kali ganda harganya.

“Kami mahu kejatuhan rejim dan menolak IMF”, kata penunjuk perasaan yang berkumpul di luar kediaman presiden di Khartoum pada hari Rabu, sehari selepas IMF meluluskan perjanjian pinjaman dan pelepasan hutang bernilai AS$2.5 bilion.

Pentadbiran tentera-sivil Sudan berusaha mengukuhkan negara bergolak itu dan membina semula hubungan dengan Barat selepas pemimpin lama, Omar al-Bashir disingkirkan oleh tentera dalam demonstrasi antikerajaan besar-besaran pada 2019.

Pada hari Selasa, IMF membenarkan Sudan memohon bantuan sekitar AS$56 bilion dalam bentuk hutang dan Perdana Menteri sivil, Abdalla Hamdok memuji rakyat Sudan atas ‘kesabaran’ dan ‘daya tahan’ mereka.

Tetapi, masih banyak krisis ekonomi mendorong kemarahan masyarakat yang berlanjutan terhadap pemerintahan al-Bashir  sejak dia mengundurkan diri.

Pemerintah tentera-sivil Sudan telah mengambil beberapa langkah berani untuk berusaha menghidupkan kembali krisis ekonomi. 

Langkah-langkah tersebut termasuk mengapung mata wang, menangani subsidi pemerintah yang tinggi, terutama bahan bakar, dan mencari pelaburan dari penderma antarabangsa.

Namun, beberapa negeri turut terancam daripada dasar ekonomi baharu di negara itu, sehingga menyebabkan pemerintah menghadapi penentangan dari aktivis prodemokrasi yang pernah memimpin protes popular terhadap al-Bashir. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button