Berita UtamaDunia

Angka kematian COVID-19 di India dijangka lebih sejuta

Jutaan penduduk masih belum terima suntikan vaksin

MUMBAI, 21 Zulkaedah 1442H, Jumaat –India mencatatkan 400,000 angka rasmi kematian akibat wabak COVID-19, lapor Arab News.

Bagaimanapun, pakar menjangkakan bahawa jumlah kematian mencapai sejuta bahkan lebih tinggi, selain kemungkinan gelombang ketiga bakal melanda.

Tambahan pula, jutaan penduduk di negara itu masih belum mendapat sebarang suntikan vaksin.

Semalam, India mencatat 853 kematian, dengan jumlah yang melebihi 400,000 angka, mengikut data kementerian kesihatan.

Angka kematian di India adalah ketiga tertinggi di dunia.

Pada masa sama, jumlah jangkitan COVID-19 menurun dengan 400,000 kes sehari pada bulan Mei.

Perdana Menteri, Narendra Modi memulakan kempen vaksinasi di seluruh negara minggu lalu bagi menyuntik semua orang dewasa secara percuma, selain menjangkakan seramai 950 juta penduduk mendapat suntikan vaksin pada akhir tahun ini.

India memberi purata 35 juta dos sehari pada minggu ini berbanding 6.6 juta dos pada minggu lalu.

Hanya enam peratus orang dewasa yang memenuhi syarat untuk diinokulasi dengan dua dos vaksin, menurut portal Co-Win.

India mencatatkan 30.45 juta kes COVID-19 sejak wabak itu menular tahun lalu dan muncul sebagai negara kedua paling terjejas selepas Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan 33 juta kes.

AS merekodkan lebih 604,000 kematian, manakala 518,000 kematian lagi dicatatkan di Brazil akibat wabak itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button