Dunia

COVAX beri amaran negara perlu iktiraf vaksin dilulus WHO

Langkah cari standard dibenarkan hanya wujudkan sistem 2 peringkat

GENEVA, 21 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Kemudahan COVAX pada Khamis menggesa, pihak berkuasa kerajaan untuk mengiktiraf sepenuhnya individu yang telah menerima dos vaksin COVID-19 – yang disahkan selamat dan berkesan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Ini susulan apabila kebanyakan negara dan agensi pelancongan seluruh dunia berusaha mencari standard yang dibenarkan bagi membolehkan perjalanan rentas sempadan antarabangsa. 

Pelancong terpaksa berdepan peraturan yang mengelirukan mengenai ujian saringan dan vaksin COVID-19 dari negara-negara berbeza yang mengiktiraf dos vaksin daripada berlainan pengeluar meskipun mempunyai kelulusan WHO. 

“COVAX dibangun berdasarkan prinsip akses yang adil kepada vaksin COVID-19 untuk melindungi kesihatan orang ramai di seluruh dunia. 

“Ini bermakna melindungi kehidupan dan sumber pendapatan mereka, termasuk kemampuan melakukan perjalanan dan perdagangan,” kata COVAX dalam satu kenyataan. 

COVAX memberi amaran bahawa langkah hanya membenarkan individu menerima vaksin tertentu diluluskan WHO untuk mendapat manfaat membuka semula perjalanan ke luar akan mewujudkan sistem dua peringkat. 

“Ini akan memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi yang sudah teruk menderita ketika ini. 

“Langkah itu juga seperti melemahkan keyakinan terhadap vaksin yang telah terbukti selamat dan berkesan,” kata COVAX. 

Justeru, COVAX memuji negara-negara yang menunjukkan komitmen terhadap ekuiti dan keselamatan dengan menerima pelancong yang telah mendapatkan vaksin COVID-19 disahkan oleh Penyenaraian Penggunaan Kecemasan WHO. 

“Kami meminta negara dan wilayah lain untuk melakukan hal yang sama,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button