Dunia

Gaza sedia ancaman varian baharu COVID-19 termasuk dari India

Wilayah terkepung terus rekod kes jangkitan tertinggi di Palestin

GAZA, 21 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Kementerian Kesihatan di Gaza meningkatkan tahap kesediaan terhadap risiko kemasukan strain baharu virus COVID-19 termasuk dari India, kata Ketua Pengarah, Dr Majdi Duhair.

Dr Majdi menjangkakan varian dari India akan memasuki Semenanjung Gaza, sejak ia mula muncul di negara sekitar dan dicirikan sebagai mudah merebak. 

Setakat ini, hanya 70,000 orang di Semenanjung Gaza telah menerima vaksin COVID-19, yang memberi mereka tahap perlindungan terhadap wabak berkenaan. 

Justeru, beliau menggesa penduduk di wilayah terkepung itu untuk mendapatkan vaksin kerana ia satu-satunya cara selamat untuk berdepan varian baharu COVID-19. 

Sebanyak dua kematian direkodkan di Palestin iaitu di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir dengan 121 kes jangkitan baharu. 

Gaza terus merekodkan kes jangkitan tertinggi iaitu 108 kes, sementara 13 lagi dilaporkan di Tebing Barat, menurut Menteri Kesihatan, Mai Alkaila. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button