Pendapat

Kembali kepada semangat korban manifestasi Aidiladha tahun ini

i-Guru ucap selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua

1. ALHAMDULILLAH, akibat pendemik COVID-19 yang melepasi angka 10,000 seharian, tahun ini sekali lagi kita menyambut Hari Raya Aidiladha dalam norma baharu tanpa aktiviti takbir beramai-ramai di masjid dan tiada ziarah-menziarahi secara bersemuka.

2. Manifestasi Aidiladha bermakna kembali kepada semangat berkorban. Apatah lagi ketika kita berdepan COVID-19 ini, sewajarnya ia menuntut pengorbanan semua pihak tak kira apa bangsa, di mana sahaja supaya bersatu hati , tenaga dan akal fikiran demi melandaikan lekuk jangkitan dan menyahkan segera rakyat dari wabak ini.

3. Pengorbanan bukan sahaja di pihak rakyat tetapi juga kerajaan perlu berkorban demi menyelamatkan negara dari bencana wabak ini serta memulihkan semula ekonomi negara.

4. Dalam soal pendidikan, semua pihak yang terdiri dari KPM, pihak sekolah, ibu bapa, guru, murid dan semua pemegang taruh pendidikan perlu berkorban dengan apa cara sekalipun bagi menyelamatkan generasi dari keciciran pendidikan.

5. Ibrah kisah Nabi Ibrahim AS terhadap anaknya Nabi Ismail AS tidak terhenti pada pengorbanan seorang bapa yang terpaksa merelakan cinta sejati kepada anaknya untuk mencari keredhaan tertinggi dengan menjunjung perintah Ilahi. Lebih dari itu ialah bagaimana Nabi Ibrahim AS berusaha mewariskan pendidikan terbaik untuk generasi selepasnya.

6. Wajar kita melihat masa depan bangsa dengan mewariskan mutu pendidikan terbaik dengan guru-guru yang berkualiti dan prasarana pendidikan yang unggul. Itulah mesej besar erti berkorban. Berkorban membangun generasi melalui acuan pendidikan.

7. Mewakili pimpinan dan ahli-ahli i-Guru mengucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh para pendidik dan semua muslimin dan muslimat. Saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat semua warga pendidik dan dijauhi dari wabak ini. Semoga seluruh warga pendidik tidak jemu berkorban dan mencurahkan keringat untuk membina generasi berilmu dan bertakwa.

Mohd Azizee Hasan
Presiden i-Guru

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button