Berita Utama

Wisma Persekutuan Melaka ditutup untuk sanitasi, saringan COVID-19

Ditutup selama seminggu sejak 28 Jun lalu hingga 5 Julai ini

MELAKA, 21 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Wisma Persekutuan di Jalan Business City, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini ditutup selama seminggu sejak 28 Jun lalu hingga 5 Julai ini untuk kerja disinfeksi dan tujuan saringan, berikutan terdapat kes COVID-19 melibatkan petugas di bangunan berkenaan.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata Wisma Persekutuan yang turut menempatkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, merekodkan 28 kes positif COVID-19.

“Pecahan kes adalah terdiri daripada 17 orang kakitangan daripada beberapa agensi dan pekerja lain di bangunan Wisma Persekutuan seperti pekerja kafe, keselamatan, pembersihan serta 11 kontak keluarga.

“Punca penularan masih dalam siasatan dan aktiviti pengesanan kontak sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya orang ramai boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Melaka di talian 06-2356999/6851 atau melalui e-mel [email protected] bagi mendapatkan maklumat sahih dan sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button