Dunia

19 hilang tanah runtuh di Jepun

Lebih 2,800 kediaman terputus bekalan elektrik

TOKYO, 22 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 19 dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di sebuah bandar peranginan popular di Jepun hari ini, ekoran hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu. 

Dalam satu rakaman televisyen menunjukkan arus lumpur memusnahkan beberapa bangunan di bandar Atami barat daya Tokyo, yang turut mencetuskan panik penduduk di sekitar. 

Pegawai pengurusan bencana di Shizouka  memberitahu, keselamatan 19 individu yang hilang masih belum diketahui setelah insiden itu. 

Bagaimanapun, kerajaan tempatan telah meminta bantuan pasukan ketenteraan untuk misi menyelamat mangsa, katanya. 

Insiden tanah runtuh berlaku kira-kira jam 10.30 pagi waktu tempatan yang turut memusnahkan beberapa kediaman. 

Lebih 2,800 rumah di wilayah itu terputus bekalan elektrik, menurut Tokyo Electric Power Company (TEPCO). 

Media negara itu berkata, Perdana Menteri, Yoshihide Suga dijangka mengadakan pertemuan dengan jemaah menteri bagi membincangkan mengenai bencana berkenaan serta kerosakan lain akibat hujan. 

Sebahagian besar Jepun kini berada dalam musim hujan tahunan, yang dijangka berlarutan selama beberapa minggu dan sering menyebabkan banjir serta insiden tanah runtuh. 

Pada 2018, lebih 200 orang meninggal dunia ketika banjir besar melanda negara itu, sementara puluhan yang lain pada tahun lalu. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button