Berita Utama

Bendera putih: Ahli politik patut rasa bersalah tak tahu rakyat perlu bantuan

‘Jika bukan atas dasar tanggungjawab, cukuplah sekadar balas budi’

BANGI, 22 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Isu kempen bendera putih yang digerakkan rakyat bagi membantu mereka memerlukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 terus menjadi polemik.

Kempen itu digerakkan sejak seminggu lalu bagi membantu mereka yang terputus bekalan makanan atau keperluan penting.

Biarpun ianya memberi simbolik yang positif, usaha berkenaan bagaimanapun dipergunakan oleh segelintir pihak politik kononnya ia sebagai tanda solidariti rakyat menyalahkan kerajaan, selain ada juga yang menentangnya kerana dianggap lambang mengaku kalah.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, ahli politik sepatutnya berasa bersalah jika tidak mengetahui rakyat di kawasan mereka memerlukan bantuan.

Apatah lagi, jika rakyat yang di dalam kesusahan itu adalah dalam kalangan penyokong atau pengundi mereka sebelum ini, katanya.

“(Kempen) itu lebih mulia dari seolah-olah mengumumkan kepada orang ramai, ‘siapa susah tolong maklumkan dengan cara begini, kalau cara lain kami tak dapat tolong. Kalau tak maklumkan tanggunglah sendiri’.

“Orang tolong awak naik, awak tolonglah pula orang itu. Kalau bukan atas dasar tanggungjawab kepimpinan pun, paling kurang balas budi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sambil menyindir, Ustaz Muhammad Fauzi berkata, ahli politik tidak perlu masuk mana-mana badan Islam untuk memahami konsep budi.

“Bendera putih itu idea rakyat yang prihatin. Kalau ada ahli politik tunggang idea itu, ahli politik nak marah, buatlah senyap-senyap sesama ahli politik.

“Ahli politik sesama sendiri kalau nak bergaduh, tolong jangan babitkan rakyat. Orang cukup makan memang suka menyusahkan orang tak cukup makan ke?,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button