Berita Utama

Kerja pembinaan di kawasan PKPD dihentikan

Hanya dibenarkan kerja selanggara kritikal ikut janji temu

BANGI, 22 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Semua kerja pembinaan dan yang berkaitan dengannya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dihentikan.

Keputusan dikeluarkan Kementerian Kerja Raya (KKR) selaras dengan pengumuman pelaksanaan PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), tidak boleh digunakan untuk meneruskan kerja pembinaan sepanjang tempoh PKPD.

“Namun, pengecualian diberikan kepada kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pendawaian yang bersifat kritikal dibenarkan berdasarkan janji temu.

“Bagi menjalankan kerja-kerja di atas, pihak yang terlibat boleh mendapat kebenaran dari balai polis terdekat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan  itu, KKR menggesa semua penggiat industri pembinaan untuk mematuhi arahan semasa dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan penurunan kes COVID-19 di kawasan terlibat.

“SOP terkin boleh dirujuk di laman web MKN http://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp-pemulihan/.

“Maklumat lanjut berkenaan SOP dan Garis Panduan Industri pembinaan boleh didapati menerusi Telegram rasmi CIDB Malaysia http://t.me/cidbmy, laman web rasmi CIDB di www.cidb.gov.my atau hubungi CIDB Careline di talian 03-55673300,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button