Berita UtamaDunia

63 pesakit di Indonesia meninggal akibat kekurangan bekalan oksigen

Kerajaan minta industri gas tingkatkan pengeluaran oksigen perubatan

JAKARTA, 23 Zulkaedah 1442H, Ahad – Kerajaan Indonesia mengarahkan pengeluar gas oksigen mengutamakan keperluan perubatan di tengah permintaan yang semakin meningkat daripada pesakit COVID-19.

Dalam satu kenyataan, Hospital Sardjito di Kepulauan Jawa berkata, 63 pesakit meninggal dunia akibat kekurangan bekalan oksigen semalam dan awal hari ini, ketika bekalan baru tiba.

Bagaimanapun, jurucakap hospital itu tidak dapat mengesahkan sama ada semua pesakit yang meninggal dunia adalah pesakit COVID-19 atau tidak.

Sebagai respons, kerajaan meminta industri gas meningkatkan pengeluaran oksigen perubatan, kata pegawai Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi.

“Kami juga berharap supaya orang ramai tidak menyimpan bekalan gas oksigen,” katanya.

Pihak hospital memaklumkan telah meminta bekalan oksigen lebih banyak sebelum kejadian itu, tetapi pesakit dijangkiti virus sejak Jumaat lalu mendorong hospital melebihi kemampuannya.

Krisis itu mula reda apabila bekalan oksigen baru diterima awal pagi tadi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button