Berita Utama

KKM tunggu tarikh baharu bentang RUU Kawalan Produk Merokok

Penangguhan bacaan kali kedua undang pelbagai reaksi serta spekulasi

BANGI, 25 Rabiulawal 1445H, Rabu – Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) akan dibentang di Parlimen selepas memperoleh tarikh baharu.

Pegawai kepada Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya kini masih menunggu tarikh baharu untuk pembentangan berkenaan di Dewan Rakyat.

“Kita tunggu tarikh Parlimen,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Bacaan kali kedua RUU itu sepatutnya berlangsung semalam, di Dewan Rakyat namun ditunda kepada tarikh baharu yang akan diberitahu kelak.

Penarikan balik RUU berkenaan yang melepasi kajian dan pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi Parlimen sebelum ini perlu dibentang dan diluluskan oleh Kabinet terlebih dahulu.

Bagaimanapun, penangguhan itu mengundang pelbagai reaksi serta spekulasi khususnya mengenai faktor yang mendorong pembentangan RUU itu di Parlimen ditangguhkan.

KKM semalam memaklumkan, penangguhan itu bagi memberi laluan kepada aturan urusan kerajaan lain sebagaimana disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) dan perbahasan RUU ini akan dibuat oleh kerajaan dalam masa terdekat.

Pada 12 Julai lalu, RUU GEG dibentangkan untuk bacaan pertama sebelum dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.

Penelitian sudah dibuat ahli-ahli JKPK bagi memantapkan RUU ini supaya ia dapat dibincangkan, diteliti dan disokong kesemua pihak (bipartisan).

Pautan berkaitan;

RUU Kawalan Produk Merokok tak jadi bentang esok

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

7 Comments

  1. We highly appreciate your site post. You will find dozens of tactics we could put it to very good use while using no effort on time and hard earned cash. Thank you very much pertaining to helping have the post reply many questions we have had before now.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button