Berita Utama

Tiada bukti masalah tumor lama PM berulang

Masih dirawat di hospital akibat jangkitan pada sistem penghadaman

KUALA LUMPUR, 23 Zulkaedah 1442H, Ahad – Tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang dihidapi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berulang, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri yang dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu masih menerima rawatan akibat jangkitan pada sistem penghadaman beliau.

“Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

“Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin yang dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button