UAE lulus vaksin Moderna untuk kecemasan
73.8 peratus penduduk telah terima satu dos vaksin

DUBAI, 23 Zulkaedah 1442H, Ahad – Emiriah Arab Bersatu (UAE) meluluskan vaksin COVID-19 Moderna Inc untuk tujuan kecemasan.
Ia adalah vaksin kelima yang mendapat persetujuan oleh negara Teluk Arab, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan di agensi berita WAM hari ini.
Selain itu, UAE melaporkan penularan varian Beta, Delta dan Alpha di negara itu yang berjumlah 9.2 juta orang penduduk.
Kementerian juga mengumumkan bahawa jangkitan kini mencatatkan 1,599 kes baru COVID-19, menjadikan jumlah kes yang direkodkan di UAE kepada 639,476.
Tiga kematian baru telah dilaporkan disebabkan komplikasi COVID-19, menjadikan jumlah kematian di negara berkenaan 1,834.
Kira-kira 73.8 peratus penduduk UAE telah menerima satu dos vaksin sementara 63.7 peratus diberi vaksin sepenuhnya, kata Kementerian Kesihatan dalam catatan Twitter semalam. – Agensi