Berita Utama

‘Lagi berpecah orang Melayu, lagi ramai curi duit untuk sogok’

Kalau orang Melayu tolak perpaduan apa yang akan mereka lakukan?

BANGI, 14 Ramadan 1444H, Rabu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, ada dalam kalangan orang Melayu sendiri berpendapat kononnya bangsa ini tidak mungkin bersatu

Justeru, pemimpin berusia 97 tahun itu membidas dengan menyatakan, usaha untuk menyatukan orang Melayu tidak perlu dilakukan memandangkan ia tidak akan berjaya.

“Mereka yang berpendapat seperti itu tentu akan menolak sebarang usaha untuk menyatu padukan orang Melayu.

“Kalau orang Melayu tolak perpaduan apa yang mereka akan lakukan. Mereka akan sokong perpecahan yang sedang berlaku dalam kalangan orang Melayu.

“Mereka akan sokong orang yang utamakan kepentingan diri, berjuang untuk dapat duit dan jawatan melalui politik dan orang yang undi kerana sogokan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga mendakwa, melalui sogokan mereka akan menang pilihan raya dan seterusnya menubuhkan kerajaan.

“Kerajaan oleh pencuri, perasuah akan cari duit kerajaan dan pinjam berbilion untuk dicuri.

“Jadi bertambahlah hutang yang tak dapat dibayar, pedulikan asalkan orang melayu dapat duit buta disebabkan perpecahan orang Melayu.

“Bodohlah jika tidak diterima duit buta tak payah kerja dapat duit,” katanya.

Tun Mahathir turut menyindir supaya menolak perperpaduan sebaliknya memperbanyakan parti Melayu supaya Melayu terus berpecah.

“Tak payah kerja perbanyakkan PRK, PRN dan PRU, perbanyakkan parti politik Melayu dan perlekehkan semua pejuang perpaduan dan hiduplah perpecahan,” sindirnya lagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button