Berita UtamaDunia

21 cedera kilang kimia meletup, terbakar di Thailand

Punca letupan masih belum diketahui

BANGKOK, 24 Zulkaedah 1442H, Isnin – Satu letupan kuat dan kebakaran besar berlaku di sebuah kilang plastik di daerah Bang Phli, Thailand pada awal Isnin, mencederakan sekurang-kurangnya 21 orang, lapor Sputnik memetik Bangkok Post.

Kejadian berlaku di kilang Ming Dih Chemical Co, menempatkan sekitar lima hingga enam gudang dengan 50 tan bahan kimia, menurut akhbar itu.

Letupan itu turut mencetuskan kebakaran besar mengakibatkan kerosakan pada kilang dan bangunan serta rumah yang terletak dalam radius satu kilometer (km).

Pihak berkuasa tempatan di wilayah Samut Prakan telah mengarahkan penduduk yang berada dalam radius lima km dari kilang dipindahkan.

Punca letupan masih belum diketahui. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button