Berita UtamaDunia

Kes melonjak, Bangladesh lanjut sekatan pergerakan

Hospital sesak terutama di daerah bersempadan India

DHAKA, 24 Zulkaedah 1442H, Isnin – Bangladesh melanjutkan sekatan pergerakan hingga 14 Julai ini bagi mengatasi lonjakan kes COVID-19.

Negara itu melaporkan 153 kematian akibat COVID-19 pada Ahad – peningkatan harian terbesar sejak wabak itu bermula – sekali gus menjadikan jumlah kematian kepada 15,065.

Hospital sesak terutama di daerah-daerah bersempadan dengan India, di mana varian Delta pertama kali dikenal pasti.

Bangladesh menutup sempadan dengan India pada April lalu, bagaimanapun aktiviti perdagangan masih berterusan.

Peningkatan kes mendorong kerajaan memerintahkan satu minggu kawalan ketat pada Khamis, dengan pasukan tentera meronda di jalan.

“Semua langkah telah dilanjutkan,” kata kerajaan satu kenyataan.

Bangladesh menerima 2.5 juta dos vaksin Moderna daripada Amerika Syarikat (AS) di bawah program perkongsian vaksin global, COVAX pada hujung minggu serta menerima dua juta dos vaksin Sinopharm daripada China. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button