Berita UtamaDunia

Pengganas Israel serang kedudukan Hamas lagi

Dakwa tindak balas kepada belon pembakar dari Palestin

GAZA, 24 Zulkaedah 1442H, Isnin – Tentera rejim pengganas Israel melancarkan satu lagi serangan ke atas kedudukan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Semenanjung Gaza yang dikepung. 

Tindakan ganas itu dilakukan rejim kononnya mendakwa terdapat belon pembakar dilancarkan dari wilayah Palestin.

Tentera Israel berkata, pihaknya menyerang ‘tapak pembuatan senjata dan pelancar roket milik Hamas’ pada lewat Sabtu.

Menurut sumber keselamatan dan saksi di Gaza, jet pejuang menyerang fasilti di barat Kota Gaza dan di utara.

Tidak ada petunjuk mengenai kelompok mana yang bertapak di Gaza bertanggungjawab atas pelancaran belon, tetapi Israel menganggap Hamas – kumpulan yang memerintah Gaza – bertanggungjawab sepenuhnya.

Pada hari Khamis, empat kebakaran kecil yang disebabkan oleh belon pembakar dari Gaza dipadamkan di wilayah Eshkol, menurut pihak bomba.

Rejim haram Israel membalas pada hari Jumaat dengan serangan udara, yang didakwa oleh tenteranya menyerang ‘sebuah tapak pembuatan senjata’ milik Hamas.

Serangan terbaharu itu berlaku hanya beberapa minggu selepas tentera Israel melancarkan kempen pengeboman selama 11 hari di kawasan yang sudah dirosakkan, membunuh sekurang-kurangnya 260 orang Palestin, termasuk 66 kanak-kanak.

Di Israel, 13 orang, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh oleh roket yang dilancarkan dari Gaza, kata polis dan tentera.

Serangan pada hari Sabtu ini adalah kali keempat  sejak serangan Mei, yang berakhir dengan ‘gencatan senjata’ yang dikuasai oleh Mesir pada 21 Mei. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button