Berita Utama

Zahid Hamidi mengaku audio perbualan bersama Anwar suaranya

Turut mengaku tandatangan SD sokong Anwar sebagai PM

BANGI, 25 Zulkaedah 1442H, Selasa – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah miliknya.

Sumber daripada seorang Majlis Tertinggi UMNO berkata, Ahmad Zahid membuat pengakuan semasa pertemuan bersama Ahli-Ahli Parlimen UMNO di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia di ibu negara, semalam.

“Selain keputusan mesyuarat yang menolak cadangan menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau (Ahmad Zahid) mengaku itu suaranya dalam perbualan bersama Anwar yang viral tidak lama dahulu. Beliau kata Anwar yang hubunginya.

“Ahmad Zahid juga mengaku telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri,” dakwa sumber seperti dipetik Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid hadir ke mesyuarat yang diadakan secara tertutup oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Wisma Perwira bagi membincangkan isu keluar daripada kerajaan PN.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button