Berita UtamaDunia

Hospital kritikal, Indonesia tambah bajet kesihatan

Perkhidmatan jarak jauh akan diberi mulai hari ini

JAKARTA, 25 Zulkaedah 1442H, Selasa – Kerajaan Indonesia bersetuju meningkatkan bajet penjagaan kesihatan coronavirus dan memperkenalkan perkhidmatan teleperubatan kepada pesakit yang tidak kritikal.

Tindakan itu sebagai sebahagian usaha untuk mengurangkan tekanan pada sistem kesihatan.

Indonesia memerangi salah satu wabak coronavirus terburuk di Asia, didorong oleh penularan lebih meluas varian Delta yang pertama kali dikenal pasti di India.

Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati berkata, perbelanjaan kesihatan akan dinaikkan lagi menjadi 193,93 trillion rupiah (AS$13.39 billion) untuk rawatan, pengujian, pengesanan, ubatan, vaksin dan alat pelindung coronavirus – jumlah lebih besar daripada diumumkan pada Jumaat.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, perkhidmatan jarak jauh akan diberi mulai hari ini oleh firma telekesihatan seperti Alodokter dan Halodoc dan akan merangkumi perundingan percuma dan penghantaran ubat.

“Pesakit COVID-19 yang positif boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan tepat pada masanya tanpa menunggu di hospital.

“Justeru hospital dapat diutamakan untuk pesakit dengan gejala sederhana, berat, dan kritikal,” katanya pada sidang media.

Penggunaan katil hospital adalah 75 peratus di seluruh negara pada 2 Julai, kata Kementerian Kesihatan, tetapi beberapa hospital di kepulauan Jawa – yang paling ramai penduduk – melaporkan kapasiti lebih dari 90 peratus, termasuk di ibu kota Jakarta.

Kekurangan oksigen juga telah dilaporkan, yang mana dikaitkan pihak berkuasa oleh masalah pengedaran oleh dan keupayaan pengeluaran terhad. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button