Berita Utama

Malaysia lepasi sasaran 300,000 dos suntikan vaksin sehari

Daripada jumlah tersebut, 117,158 merupakan pemberian dos ke-2

KUALA LUMPUR, 25 Zulkaedah 1442H, Selasa – Sebanyak 313,761 dos suntikan vaksin diberikan semalam, menjadikannya sebagai jumlah tertinggi dalam sehari, sekali gus melepasi sasaran 300,000 dos suntikan sehari.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 117,158 merupakan pemberian dos kedua.

“Sebanyak 313,761 dos pada 5 Julai, yang tertinggi setakat ini. Daripada jumlah itu, 196,603 dos pertama dan 117,158 dos kedua,” katanya.

Pada 3 Julai lepas, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata sasaran 300,000 dos suntikan sehari, mulai bulan ini.

Sementara itu, Dr Adham berkata sebanyak 9,320,476 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk negara ini setakat semalam menerusi PICK.

Sebanyak 2,735,474 orang telah terima dos kedua, sekali gus melengkapkan vakinasi mereka, katanya.

Dr Adham turut memaklumkan lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi adalah Selangor dengan 367,895 orang diikuti Sarawak (326,285), Johor (290,008), Kuala Lumpur (255,348) dan Sabah (243,816). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button