Dunia

Kejam! Bukan sekadar rumah, Israel roboh sekolah di Baitulmaqdis

Hampir 75 peratus permohonan permit bangunan Palestin ditolak rejim

RAMALLAH, 26 Zulkaedah 1442H, Rabu – Bukan hanya kediaman, pasukan pengganas Israel turut bertindak merobohkan sebuah sekolah yang masih dalam peringkat pembinaan di Baitulmaqdis Timur, semalam. 

Agensi berita Wafa yang memetik saksi berkata, sekolah berkenaan terletak di kejiranan al-Salam di kem pelarian Shu’fat, dan telah dirobohkan pada Selasa. 

Katanya, tindakan itu tetap dilakukan pihak rejim walaupun pemilik bangunan telah cuba mendapatkan kebenaran dari perbandaran Israel di Baitulmaqdis Barat tetapi disekat sehingga akhirnya ia dirobohkan. 

Difahamkan, ketika kegiatan perobohan dijalankan, berlaku pertembungan di antara rakyat Palestin dengan pasukan Israel. 

Bagaimanapun, tiada korban atau kecederaan dilaporkan. 

Kebanyakan warga Palestin di Baitulmaqdis mendakwa bahawa mereka terpaksa membina bangunan tanpa izin disebabkan kebarangkalian mendapatkan permit daripada Israel adalah rendah. 

Ini kerana, tanah mereka didominasi oleh penduduk Israel bagi pembinaan penempatan haram Yahudi.

Menurut kumpulan hak asasi, hampir 75 peratus permit bangunan yang dimohon oleh warga Palestin ditolak oleh Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button