Berita Utama

Lorong khas pantau pelancong China diwujudkan

Individu dijangkiti COVID-19 akan dirujuk pegawai KKM

PUTRAJAYA, 17 Jamadilakhir 1444H, Selasa – Lorong khas yang dikendalikan Jabatan Imigresen akan digunakan untuk memantau pelancong China yang memasuki Malaysia sebagai sebahagian usaha mengurangkan penularan COVID-19, kata Kementerian Kesihatan.

Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, individu yang disyaki dijangkiti COVID-19 akan dirujuk kepada pegawai Kementerian Kesihatan yang ditempatkan di lokasi.

“Pengimbas terma juga akan disediakan di pintu masuk antarabangsa kami, dengan pengembara bergejala dirujuk kepada pegawai kami untuk pemeriksaan lanjut.

“Setiba di sana, mereka akan dipantau untuk melihat sama ada mereka benar-benar dijangkiti COVID-19 dengan ujian pantad antigen (RTK),” katanya pada dalam sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Dr Norhayati berkata, pengembara positif COVID-19 dalam kategori satu dan dua akan diberi pilihan untuk mengasingkan diri di rumah atau kediaman mereka.

“Mereka yang berada dalam kategori tiga, empat dan lima pula akan dirujuk untuk rawatan lanjut sama ada di hospital awam atau swasta,” katanya.

Beliau berkata, pramugari dan kakitangan darat juga akan membantu pegawai Kementerian Kesihatan dalam memantau sama ada pelancong yang datang menunjukkan simptom COVID-19.

Katanya, terdapat 4,096 pelancong datang dari China sejak sempadan mereka dibuka semula pada 8 Januari, dengan tiada kes positif direkodkan setakat ini.

“Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button