Dunia

Presiden Haiti dibunuh di kediaman peribadi

Dibunuh oleh sekumpulan lelaki bersenjata tak dikenali

MOSCOW, 26 Zulkaedah 1442H, Rabu – Presiden Haiti Jovenel Moise dibunuh di kediaman peribadinya oleh sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali, lapor Sputnik.

“Kira-kira 1 pagi Rabu … sekumpulan individu tidak dikenali, beberapa daripada mereka berbahasa Sepanyol, menyerang kediaman peribadi presiden dan membunuh ketua negara itu,” kata kata Perdana Menteri sementara Claude Joseph dalam satu kenyataan pada Rabu.

Isteri Moise turut cedera ditembak dan kini sedang dirawat, tambahnya.

Perdana Menteri mengutuk serangan yang disifatkan “sangat keji, tidak berperikemanusiaan dan kejam” serta menyeru semua agar bertenang.

Situasi keselamatan adalah terkawal, katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button