Berita Utama

UMNO bincang kekal atau tarik sokongan dari PN malam ini?

Ahli Parlimen BN dilapor beritahu Ahmad Zahid, Najib tinggalkan PN bukan lagi pilihan

KUALA LUMPUR, 26 Zulkaedah 1442H, Rabu – UMNO dijangka membincangkan keputusan sama ada menarik balik sokongan atau tetap bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada mesyuarat majlis tertinggi pada malam ini.

The Star melaporkan, menurut sumber yang enggan disebutkan namanya, mesyuarat itu akan menyentuh beberapa isu termasuk arahan parti.

“Saya percaya isu sama ada UMNO akan terus bersama atau tarik sokongan akan dibincangkan dalam mesyuarat malam ini,” katanya.

Mesyuarat itu menyusuli ultimatum 14 hari yang dikeluarkan oleh Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang Parlimen sebelum ini, yang mana mendesak kerajaan supaya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja pemerintah dan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

Dipercayai bahawa mesyuarat majlis tertinggi akan dilakukan secara dalam talian bermula jam 8.30 malam.

Sumber parti lain mengatakan bahawa semua pandangan ahli majlis tertinggi akan dipertimbangkan kerana sebarang keputusan akan memberi implikasi besar kepada parti.

Dilaporkan bahawa beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah memberitahu Ahmad Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa meninggalkan kerajaan PN bukan lagi pilihan yang ada.

Kedua-dua pemimpin itu diberitahu mengenai pandangan ini dalam pertemuan pada hari Isnin (5 Julai), malam yang dihadiri oleh lebih daripada dua pertiga Ahli Parlimen BN, kata sumber.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button