Berita UtamaDunia

Kes COVID-19 di Jerman terus meningkat setelah 2 bulan catat penurunan

Menteri Luar mahu segera hapus sekatan setelah semua diberikan vaksin

BERLIN, 27 Zulkaedah 1442H, Khamis – Jumlah kes COVID-19 di Jerman meningkat lagi pada hari Rabu, setelah lebih dua bulan mencatat penurunan berterusan, menurut data rasmi.

Institut Robert Koch (RKI) untuk penyakit berjangkit melaporkan, 985 jangkitan baru menjadikan jumlahnya 3.73 juta, meningkat 177 kes berbanding kenaikan harian seminggu yang lalu.

Manakala, angka kematian meningkat sebanyak 48 orang dalam rekod terbaru menjadikan jumlah kematian kepada 91,110 orang – menurun daripada kenaikan harian 56 minggu yang lalu.

Jumlah kes per 100,000 orang yang dicatatkan dalam tujuh hari terakhir meningkat sedikit kepada 5.1 daripada 4.9 pada hari Selasa. Angka kejadian sebelum ini menurun sejak akhir April.

Menteri Kesihatan, Jens Spahn menyuburkan harapan pada hari Rabu untuk menghapus semua sekatan COVID-19 yang masih ada, dengan mengatakan bahawa itu akan bergantung pada kecepatan vaksinasi.

Sementara kadar vaksinasi penduduk berumur lebih 60-an tidak lama lagi mencapai 90 peratus, negara itu memerlukan usaha pengiklanan yang besar untuk mencapai kadar 85 peratus di kalangan penduduk lebih muda, kata Spahn.

Menteri Luar Negeri, Heiko Maas pada hari Selasa mengatakan bahawa Jerman harus menghapus semua baki sekatan berkaitan COVID-19 setelah semua orang diberikan vaksin, menegaskan bahawa ia harus dicapai bulan depan.

Kira-kira 57 peratus penduduk di Jerman telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, dan hampir 39 peratus diberi vaksin sepenuhnya, menurut data rasmi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button