Berita Utama

Menteri Kanan hadir ke kediaman Muhyiddin?

Sejak awal pagi banyak kenderaan memasuki kediaman Perdana Menteri

BANGI, 27 Zulkaedah 1442H, Khamis – Sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire dipercayai milik seorang Menteri Kanan memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Damansara, di sini hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan, kenderaan tersebut diiringi oleh beberapa anggota polis tentera.

Kehadiran polis tentera menguatkan cakap-cakap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa semalam datang berjumpa Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kediaman Muhyiddin awal pagi ini menjadi tumpuan selepas UMNO membuat keputusan untuk menarik balik sokongan serta-merta daripada Perikatan Nasional (PN) malam tadi.

Kelibat beberapa kenderaan kerajaan dipercayai membawa menteri, Peguam Negara dan kenamaan kelihatan memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri pada 9.40 pagi tadi.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan pemimpin mana yang hadir dalam pertemuan bersama Muhyiddin hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button