Berita Utama

Menteri, Peguam Negara bertemu PM pagi ini?

Kenderaan dilihat memasuki kediaman PM sejak awal pagi

PETALING JAYA, 27 Zulkaedah 1442H, Khamis – Beberapa kenderaan yang dipercayai membawa menteri dan Peguam Negara dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pagi ini.

Kediaman Mahiaddin dilaporkan menjadi tumpuan sejak awal pagi tadi, dengan kenderaan dilihat masuk pada jam 9.40 pagi.

Portal Malaysian Gazette yang melaporkan perkara itu, bagaimanapun, tidak menyebut siapa menteri berkenaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada awal pagi Khamis mengumumkan bahawa parti itu secara rasmi menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan serta-merta.

Ahmad Zahid berkata, penarikan sokongan itu berlaku kerana PN gagal memenuhi tujuh syarat yang digariskan oleh Setiausaha UMNO ketika kerajaan mengangkat sumpah pada 11 Mac tahun lalu.

UMNO mempunyai 38 Ahli Parlimen dalam 222 anggota Dewan Rakyat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button