Berita Utama

PAS sokong Muhyiddin

Abdul Hadi kesal tindakan gugat kestabilan politik negara

BANGI, 27 Zulkaedah 1442H, Khamis – PAS memberi sokongan sepenuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri.

Ia termasuk sokongan tidak berbelah dalam kalangan 18 Ahli Parlimen parti itu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, pihaknya kesal dengan sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik dalam negara, khususnya dalam keadaan kerajaan sedang berusaha menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi.

“PAS seterusnya menyeru seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung langkah kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19.

“Terutamanya bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, UMNO mengambil keputusan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan serta-merta.

Keputusan itu dikatakan dipersetujui bersama dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) selepas UMNO mendapati Muhyiddin gagal, terutama dalam mengurus ekonomi negara, pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button