Berita Utama

Pejabat Perdana Menteri nafi Muhyiddin dijangka menghadap Agong petang ini

KUALA LUMPUR, 27 Zulkaedah 1442H, Khamis – Pejabat Perdana Menteri menafikan kenyataan disiarkan beberapa portal berita yang mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini.

Sebuah portal berita mendakwa Muhyiddin bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara susulan kemelut kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebuah lagi portal berita mendakwa Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau sebagai Perdana Menteri. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button