Dunia

Suspek bunuh Presiden Haiti ditahan: Duta

Beberapa orang sudah ditahan untuk disoal siasat

WASHINGTON, 27 Zulkaedah 1442H, Khamis – Beberapa suspek yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Presiden Jovenel Moise sudah ditahan, lapor Sputnik.

“Ya, beberapa orang telah ditahan dan sedang disoal siasat,” kata Duta Haiti ke Amerika Syarikat, Bocchit Edmond.

Sementara itu, pada Rabu Menteri Komunikasi Frantz Exantus menerusi akaun Twitternya berkata suspek pembunuhan Moise sudah ditahan.

Presiden Haiti itu dibunuh sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali, di kediaman peribadinya semalam. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button