Berita UtamaDunia

COVID-19: 75 kes di Singapura

14 kes import diserahkan Notis Duduk Di Rumah

SINGAPURA, 21 Muharram 1442H, Rabu – Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 75 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan 14 kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini, hari ini, semua kes import itu diserahkan Notis Duduk Di Rumah sebaik tiba di republik itu.

Kementerian itu berkata, terdapat satu kes komuniti manakala 60 kes lain membabitkan penghuni asrama.

Dengan perkembangan baharu itu, jumlah keseluruhan kes di republik ini mencecah 57,166 kes.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, republik itu mengklasifikasikan 940 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,230 kes komuniti dan 53, 921 membabitkan penghuni asrama.

Seramai 56,461 pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan 48 kes yang disahkan masih dirawat di hospital dan tiada yang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 555 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi diuji positif bagi COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di republik ini.

Singapura mengenal pasti satu lagi kluster baharu semalam iaitu S11 Dormitory@Punggol di Seletar North Link. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button