Dunia

Korban nahas feri di Bali meningkat kepada 10

Nelayan jumpa mayat tersangkut dalam sangkar ikan

JAKARTA, 28 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Satu lagi mayat mangsa tragedi feri karam ditemui di Selat Bali pada Jumaat, menjadikan jumlah korban terkini mencecah 10 orang, lapor Agensi Berita Anadolu (AA) memetik Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas)

“Nelayan tempatan menjumpai mayat itu tersangkut dalam sangkar ikan, kira-kira 500 meter (1.640 kaki) dari pantai,” kata ketua agensi itu Gede Darmada dalam satu kenyataan.

Identiti mangsa telah dikenal pasti, tambahnya.

Beliau berkata seramai 51 berjaya diselamatkan dalam kejadian feri KMP Yunice yang karam akhir bulan lalu manakala 16 lagi masih hilang.

Pada 29 Jun, kapal KMP Yunice tenggelam di perairan Selat Bali ketika dalam perjalanan menuju Pelabuhan Gilimanuk di Bali.

Kapal dari Pelabuhan Ketapang, di Jawa Timur itu dilapor hanyut sebelum karam. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button