Berita Utama

Malaysia menuju negara gagal, dakwa kolumnis Bloomberg

Bendera putih tanda ketidakpuasan hati rakyat terhadap ekonomi negara yang pernah megah dulu

KUALA LUMPUR, 28 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Keadaan putus asa rakyat Malaysia yang miskin digabungkan dengan kemelut politik terbaharu parti-parti terkemuka di tengah-tengah sekatan pergerakan yang tidak tentu arah adalah tanda-tanda kejatuhan sebuah negara yang pernah megah.

Kolumnis Bloomberg Opinion yang merangkumi ekonomi Asia, Daniel Moss mengatakan, bendera putih yang dikibarkan oleh rakyat Malaysia untuk menandakan keperluan mendapatkan makanan dan sejumlah wang tunai menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan yang merosot dan ekonomi yang bermasalah.

Sedangkan, para politikus terjebak dalam saga selama bertahun-tahun dengan pengumuman terbaharu dari UMNO, yang menyatakan ia akan meninggalkan gabungan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendesaknya untuk meletak jawatan.

Moss memberi amaran bahawa ini mungkin bukan akhir daripada permusuhan kerana UMNO kini berpecah antara ahli-ahli yang ingin merebut kembali kedudukan dominan parti itu, dan Ahli Parlimen yang ingin mengekalkan ‘jawatan Kabinet yang bagus’ yang telah diberikan oleh Muhyiddin kepada mereka.

Rakyat di negara ini sudah hilang harapan dan berhasrat menggulingkan kerajaan, walaupun mereka tidak jelas sama ada masihkah ada kerajaan untuk mereka gulingkan pada hari ini, dakwanya.

“Perdana Menteri negara itu pernah diberi penghargaan untuk kepimpinan yang stabil, walaupun dengan sifat autoritarian. Namun, Ahli Parlimen terbukti tidak dapat menyatukan pemimpin atau memacu program untuk menuntut Malaysia melalui situasi ini.

“Bangsa ini dilanda berbagai krisis – sosial, ekonomi dan politik – yang diperburuk oleh satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Moss berkata, kesemua isu yang berlaku disebabkan negara ini berterusan berdepan peningkatan jumlah kes COVID-19, kadar vaksinasi rendah dan ‘lockdown’ berlanjutan dengan kilang diarah tutup, pengangkutan awam ‘dalam kapasiti minimum kerana kekurangan penumpang’ dan pihak tentera digerak bertugas di sekatan jalan raya.

Pada masa lalu, Malaysia pernah bersinar sebagai ikon pasaran baru muncul, katanya.

“Semasa Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dari tahun 1981 hingga 2003, negara berkembang pesat dengan inflasi yang relatif rendah dan anggaran yang stabil. Dia menolak bantuan dari IMF dan mencabar ortodoksi dengan mengenakan kawalan modal dan menetapkan kadar pertukaran semasa krisis Asia. Bertentangan dengan ramalan bahawa usaha itu akan gagal, mereka menaikkan Malaysia.

“Keadaan bagaimanapun mula menunjukkan masalah apabila membelanjakan secara tidak perlu bagi pembinaan lapangan terbang baharu, disusuli Menara Berkembar (Petronas),” katanya.

Manakala, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula dibelenggu kehilangan pesawat MH370 di mata dunia.

Selain itu, Moss mendakwa, ketegangan agama dan etnik semakin parah sejak akhir-akhir ini, selain kredibiliti kepemimpinan semakin terhakis sekiranya lebih panjang tempoh diambil untuk menyelesaikan vaksinasi di negara itu.

“Ujian semasa yang berlaku ketika ini tidak mampu menyelesaikan keperluan perniagaan, kewangan mahupun menyediakan makanan di atas meja.

“Tiada negara mampu melalui pancaroba ini selama-lamanya dan menjadi contoh, selain gagal berfungsi,” dakwanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button