Berita UtamaDunia

Pesawat terhempas korbankan 9 penerjun udara di Sweden

Pegawai enggan beri perincian mangsa atau spekulasi punca kemalangan

 

STOCKHOLM, 28 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Sebuah pesawat kecil yang membawa penerjun udara terhempas di luar bandar Orebro di Sweden, mengorbankan kesemua sembilan orang di dalamnya, kata polis.

Mangsa adalah anggota kelab payung terjun tempatan, termasuk juruterbangnya, kata Gabenor Orebro, Maria Larsson.

Jurucakap Carl-Johan Linde dari Pentadbiran Maritim Sweden, yang mengawasi lalu lintas udara, mengatakan kepada penyiar SVT bahawa nahas berlaku ketika pesawat itu berlepas.

Pihak Berkuasa Siasatan Kemalangan Sweden dengan segera menghantar sepasukan ke lokasi nahas di luar Orebro, yang terletak 164 kilometer (102 batu) barat Stockholm.

“Tidak ada nyawa berjaya diselamatkan,” kata ketua pemadam kebakaran tempatan Per-Ove Staberyd, yang menyelaraskan kerja pasukan bomba dan responden pertama yang lain.

Polis menerima berita mengenai kemalangan itu sejurus sebelum jam 7.30 malam waktu tempatan (17:30 GMT), kata Timbalan Ketua Polis Wilayah, Niclas Hallgren pada hari ini.

Beliau mengatakan bahawa siasatan kemalangan itu akan menjadi ‘pekerjaan yang sukar’ dan akan memakan masa.

Pegawai itu enggan memberikan perincian mengenai mangsa atau membuat spekulasi keadaan yang menyebabkan kemalangan itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button