Pendapat

Politik Malaysia kembali bergolak?

Heboh dakwaan UMNO bentuk jajaran politik baharu tumbangkan PN

1. SUHU politik Malaysia kembali hangat sebaik sahaja YDPA mula meminta pembukaan segera Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta memanggil semua ketua parti utama mengadap Tuanku.

2. Kemudian timbul berita bahawa beberapa orang pimpinan tertinggi UMNO mengadakan perjumpaan rahsia tertutup pada tengah-tengah malam di Jalan Bellamy, KL.

3. Heboh juga kononnya UMNO sedang merancang pembentukan jajaran politik baharu bagi menumbangkan PN.

4. Beberapa hari selepas itu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan MKT UMNO yang menarik balik sokongan terhadap PM dan mendesak beliau mengundur diri secara terhormat.

5. PM kemudiannya melantik Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Ketua Kluster Keselamatan dengan mengekalkan portfolio kementerian masing-masing.

6. Perlantikan ini dikatakan tidak dibincangkan dengan UMNO dan dilihat umum sebagai usaha pre emptive PM bagi mengelakkan mereka berdua angkat kaki.

7. Beberapa kenyataan lain kedengaran, katanya bukan MT UMNO mahu menumbangkan PN cuma hilang kepercayaan dengan PM yang sedang  mengepalai Kabinet.

8. Namun, baru semalam ahli-ahli Parlimen BN sepakat kekal menyokong kerajaan PN dan PM bagi meneruskan agenda membela rakyat. Keputusan itu menurut mereka berdasarkan hasil mesyuarat MKT UMNO juga.

9. Ini kelihatan agak bercanggah dengan kenyataan Presiden UMNO, namun ia boleh ditafsirkan pelbagai.

10. Dalam kenyataan lain, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata jika berlaku pengundian dalam Dewan Rakyat nanti, ahli parlimen UMNO bebas mengundi berdasarkan budi bicara masing-masing.

Saya cuma susun kronologi peristiwa bagi kita memahami gambaran besar polemik ini.

Saya tidak ingin mengulas lanjut kerana masih cuba menghadam dan membaca kemungkinan yang akan berlaku seterusnya.

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button