Dunia

Vaksin Sinovac kurang berkesan pada varian Gamma: Kajian

Individu pulih COVID-19 berisiko dijangkiti semula meski sudah divaksinasi

PARIS, 28 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Vaksin Sinovac – alat utama dalam memerangi COVID-19 di Brazil – dilaporkan kurang berkesan terhadap varian Gamma yang pertama kali dikesan di negara Amerika Selatan, menurut kajian. 

Kumpulan penyelidik mendapati, antibodi yang dihasilkan vaksin itu kurang berfungsi terhadap varian daripada strain sebelumnya, sementara Gamma juga berisiko menjangkiti semula mereka yang pernah mempunyai wabak COVID-19. 

Kajian mendakwa, kapasiti Gamma untuk mengelakkan tindak balas sistem imun, namun virus berpotensi menjangkiti individu yang sudah divaksinasi, termasuk di kawasan mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi. 

Dalam kajian itu, penyelidik di Universiti Campinas di Brazil mendedahkan kedua-dua virus Gamma dan varian sebelumnya kepada antibodi dalam plasma darah 53 individu yang divaksinasi dan 21 individu yang sebelumnya pernah dijangkiti wabak. 

Dalam kumpulan yang diberi vaksin, 18 orang hanya menerima satu dos CoronaVac – salah satu vaksin utama di Brazil – sementara 20 orang menerima dua dos dan 15 lagi telah divaksin sebagai sebahagian daripada percubaan klinikal Sinovac pada Ogos 2020.

Kajian juga mendapati, Gamma dapat menghindari antibodi hampir semua peserta kajian yang hanya menerima satu dos dan mereka diberi vaksin pada tahun 2020. 

Sementara, antibodi daripada pengambilan vaksin terbaharu dilihat berkesan, tetapi kadarnya masih kurang berbanding dengan strain virus sebelumnya. 

Kajian yang diterbitkan di Lancet Microbe juga mendapati bahawa antibodi yang dihasilkan oleh jangkitan sebelumnya perlu sembilan kali lebih tinggi untuk mencegah jangkitan Gamma dan varian terdahulu. 

Ini bermakna, individu yang kembali pulih akibat COVID-19 berisiko untuk dijangkiti semula. Namun, ujian klinikal menunjukkan vaksin itu efektif untuk mencegah gejala lebih teruk serta kematian.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button