Berita Utama

Adakah Zahid, Najib akan corak ‘langkah ketara’ kes mahkamah?

Pelantikan Ismail Sabri sebagai TPM harus lebih stabilkan kerajaan

BANGI, 29 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Rakyat pastinya ternanti-nanti perubahan yang akan dibawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Rabu lalu, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera dilantik Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan ketika ini.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri.

Selain itu, Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Mengulas perkara ini, mantan Naib Presiden BERJASA, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman menegaskan, keputusan besar ini seharusnya memberi kestabilan kepada kerajaan.

“Saya berpendapat keadaan sekarang, apabila Datuk Seri Ismail Sabri dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, seharusnya lebih menstabilkan kerajaan.

“Harapnya ini akan mengetepikan terus peluang Azmin (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) untuk berada dalam perebutan jawatan utama, sementelahan kerusi Gombaknya pun sudah goyah menanti Pilihan Raya Umum (PRU) sahaja,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Selain itu, beliau juga menantikan langkah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak susulan perkembangan itu.

“Adakah Zahid dan Najib akan mengorak langkah yang lebih ketara petunjuk motifnya ke arah kes mahkamah mereka? Kita hanya boleh perhati. Memualkan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button